Kepentingan Refleksi
- Membuat penilaian kendiri
- Meganalisis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah
- Mencari alternatif dalam membuat keputusan
- Mencari jalan penyelesaian dan mengubah tingkah laku
Membuat penilain kendiri
- Guru
Orang pertama yang harus melakukan refleksi ialah guru itu sendiri. Justeru, benarlah bahawa refleksi ialah proses pemeriksaan kendiri dan penilaian kendiri yang bertujuan untuk menambah baik amalan kerjaya profesional mereka. Dalam memastikan pengajaran mereka berkesan, mereka perlu melakukan empat perkara berikut:
i. Mereka
berfikir dengan teliti mengenai apa yang berlaku dalam situasi tertentu.
ii. Mereka mengenalpasti pilihan yang ada.
iii. Mereka mengambilkira nilai-ilai ereka
sebagai seorang profesional dan tingkat keselesaan mereka dalam tindakan
terhadap nilai-nilai.
iv. Mereka juga membuat pilihan secara sedar
mengenai bagaimana untuk bertindak supaya dapat menunjukkan perbezaan.
Dengan
melakukan empat perkara ini, para pendidik dikatakan telah mengambil sikap
reflektif. Dengan kata lain. mereka memeriksa amalan mereka dengan teliti serta
berhati-hti dengan tujuan bag meningkatkan kualiti dankeberkesanan pengajaran
mereka. Perkara ini perlu dilakukan oleh semua pendidik kerana mengajar adalah
kerja hakiki mereka, terutama bagi menunjukkan atau mempamerkan kerja mereka
adalah profesional.
Antara
aspek-aspek yang boleh direfleksikan oleh guru ialah:
i. Tentang perancangan
ii. Objektif pengajaran – apakah
rasionalnya atau faktor yang menghalang pencapaan objektif pengajaran.
iii. Sumber pengajaran – apakah ia membantu
pembelajaran
iv. Isi pengajaran – adakah isi pengajaran
mempunyai kaitan engan objektif yang ingin kita capai?
v. Strategi dan aktiviti PdP – adakah
kaedah yang kita guna berkesan? apa rasionalnya mengadakan aktiviti itu? Apa
strategi lain yang boleh meningkatkan pembelajaran.
vi. Penerapan nilai – adakah guru menerakan
nilai-nilai murni dalam PdP
vii. Kemahiran-kemahiran lain – kemahiran
komunikasi, bercerita,menyoal
Jika
kita lihat kembali apa yang disebutkan oleh Alimuddin Md Dom, refleksi
merupakan satu keadaan yang berlaku secara serentak dengan peringkat analiis.
Hal ini bermakna ia bukan dilakukan oleh guru semata-mata. Namun, gurulah orang
pertama yang harus melakukannya. Tetapi refleksi itu boleh juga dilakukan oleh
penyelia, guru pembimbing, dan juga pelajar.
- Penyelia
